Friday, December 9, 2011

Mohon Berkat Guru.

Sedikit perkongsian...., InsyaAllah....

Imam Al-Ghazali menggambarkan bahawa mempelajari ilmu mempunyai adab yang tersendiri. Jika melalaikannya, maka tiadalah keberkatan pada ilmu tersebut. Jadi, untuk memiliki ilmu yang penuh berkat dan mudah mengamalkan ilmu tersebut, hendaklah sentiasa menghormati Guru.

Kita juga dianjurkan melakukan perkara-perkara seperti berikut untuk mendapat berkat guru :-

1) Memberikan sepenuh perhatian kepada Guru.
2) Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
3) Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan.
4) Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh     didengari.
5) Menghormati Guru di hadapan dan di belakangnya.
6) Mendoakan kebaikan baginya.

Sila share dengan rakan-rakan anda sekiranya anda merasakan perkongsian ini memberi manfaat dan menambah nilai dalam diri anda dan orang lain. Semoga mendapat pahala dari Nya...Terima Kasih.