Sunday, January 8, 2012

Tahniah! Dato' Lee Chong Wei!

Tahniah! Dato Lee Chong Wei kerana telah menewaskan Lin Dan sebentar tadi.moga 2012 lebih bersinar!

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Selamat menyambut tahun baru 2012!!! Semoga tahun ini menjadi anda lebih sihat, kaya dan berjaya di dunia dan di akhirat.... InsyaAllah......amiinnn....

Friday, December 9, 2011

Mohon Berkat Guru.

Sedikit perkongsian...., InsyaAllah....

Imam Al-Ghazali menggambarkan bahawa mempelajari ilmu mempunyai adab yang tersendiri. Jika melalaikannya, maka tiadalah keberkatan pada ilmu tersebut. Jadi, untuk memiliki ilmu yang penuh berkat dan mudah mengamalkan ilmu tersebut, hendaklah sentiasa menghormati Guru.

Kita juga dianjurkan melakukan perkara-perkara seperti berikut untuk mendapat berkat guru :-

1) Memberikan sepenuh perhatian kepada Guru.
2) Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.
3) Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan.
4) Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang boleh     didengari.
5) Menghormati Guru di hadapan dan di belakangnya.
6) Mendoakan kebaikan baginya.

Sila share dengan rakan-rakan anda sekiranya anda merasakan perkongsian ini memberi manfaat dan menambah nilai dalam diri anda dan orang lain. Semoga mendapat pahala dari Nya...Terima Kasih.

Tuesday, November 15, 2011

EMAS BOLEH MEMPERKASA EKONOMI?

Emas adalah logam berharga yang menjadi simbol kpd kekuasaan, kebebasan dan kemewahan serta kekuatan. Bersandarkan kepada faktor tersebut, emas adalah amat bernilai di dunia dan berperanan lebih daripada perhiasan wanita malah boleh dijadikan aset berharga untuk jaminan masa depan.

Kini emas boleh diniagakan pada harga yang tinggi dan walau apa pun yang berlaku, nilai emas tidak pernah susut.


Emas juga dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini dan menjadi satu aset yang mudah cair ( iaitu mudah ditukar kepada tunai).

Sifat emas itu sendiri yang sukar untuk ditemui dan tidak boleh dicipta oleh manusia menyebabkan ia amat sesuai dijadikan sandaran nilai bagi sesuatu dan emas tidak boleh dimanipulasi atau untuk tujuan spekulasi.

Simpanan Emas fizikal adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan walaupun dalam situasi ekonomi negara yang tidak stabil. Emas fizikal dapat menjamin nilai masa hadapan yang lebih baik, kukuh dan merupakan perlindungan yang paling selamat terhadap apa-apa krisis politik, ekonomi, sosial atau kemerosotan pasaran saham.

Oleh itu, marilah kita GANDAKAN NILAI HARTA DENGAN SIMPANAN EMAS PATUH SYARIAH !!!Dan PERKASAKAN EKONOMI ANDA!!!
 Ingin tahu caranya? Hubungi saya di mss.success@gmail.com untuk penerangan PERCUMA!