Friday, August 12, 2011

Ramadhan Al-Mubarak Bulan Penyucian Jiwa

Assalamualaikum,
Bertemu lagi...., disini saya nak kongsi sedikit info tentang takrif Ramadhan.
-Ramadhan menurut bahasa adalah bermaksud kepanasan atau batu-batu kecil yang berada di padang pasir  pada musim panas.
- Merupakan satu bulan daripada bulan-bulan Islam yang berada di antara Syaaban dan Syawal.
- Bulan Ramadhan  ditaklifkan atau diamanahkan kepada semua umat Islam untuk berpuasa.
- Al-Qurtubi berkata: Dinamakan Ramadhan kerana ia membakar segala dosa dengan amalan soleh. Ini kerana ia diambil dari kalimah " Al-Ramadhan" yang bermaksud membakar.
- Ada pendapat yang mangatakan bahawa simbolik panasnya Ramadhan itu bertujuan untuk memberi kesan kepada hati orang yang berpuasa mengingati pembalasan hari akhirat.

Semoga kita dapat menghayati bulan Ramadhan ini dengan sebaik mungkin.....Jumpa lagi........
Salam Ramadhan.......

Salam Ramadhan!

Assalamualaikum,
Saya harap saya masih belum ketinggalan untuk mengucapakan selamat berpuasa dan menjalankan ibadah di bulan Ramadhan ni....

Nampaknya kita dah masuk minggu ke-2 dalam bulan Ramadhan..Jadi, sama-samalah kita merebut peluang didalam melakukan amal ibadah di bulan yang mulia ini.