Wednesday, August 14, 2013

SALAM AIDILFITRI... MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar anda semua? Semoga sentiasa sihat dan ceria serta dilimpahi dengan kejayaan dan kekayaan...bukan sahaja untuk bekalan dunia, malah bekalan di akhirat.

Rasanya tak terlewat lagi saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pengunjung blog saya ini. Segala salah dan silap mohon dimaafi.

Bagaimana dengan sambutan Raya AidilfItri tuan-tuan dan puan-puan... semoga ceria bersama sanak saudara dan sahabat handai hendaknya.

Mesti banyak jemputan ke rumah terbuka! Walaubagaimnapun kesihatan perlu dijaga! Pilihlah makanan yang sesuai dan jangan ambil keterlaluan... Kalau dah rasa terlebih ambil tu...Aaaa...cepat2 lah ambil tindakan seperti bersenam ke...buat kerja rumah ke..berkebun ke... Lagi satu boleh laksanakan Puasa 6...Ianya sangat bagus!!!

Ok!!! sehingga berjumpa lagi.... Assalam.....


Wednesday, January 16, 2013

SAYA NAK KEMPISKAN PERUT!

Cuba lihat di bawah ni, saya share kan tips-tips untuk kempiskan perut !

1. Kualiti lebih penting daripada Kuantiti. Jadi, tak usahlah memaksa diri melakukan beratus-ratus sit up setiap hari. Memadailah satu atau dua sesi dalam seminggui sahaja. Yang penting konsisten! Jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja ya...

2. Pelbagaikan lagi latihan perut anda. Usah tertumpu pada satu senaman sahaja. Sebab kalau satu jer kita pun bosan jugak!

3. Semasa ltihan atau senaman, fokuskan kepada otot kontraksi. Pastikan bahagian itu digerakkan dan bukannya otot pada bahagian lain ok.

4. Latihan atau senaman perut yang baik tidak akan membantu anda untuk mengempiskan perut selagi adanya lemak antara kulit dan otot.

5. Pemakanan adalah paling penting untuk memastikan keberkesanan latihan atau senaman anda. Elakkan makanan berminyak dan bergaram! dan Minumlah banyak air bagi melancarkan penghadaman usus anda!


Jumpa lagi di tips yang lain....