Tuesday, November 15, 2011

EMAS BOLEH MEMPERKASA EKONOMI?

Emas adalah logam berharga yang menjadi simbol kpd kekuasaan, kebebasan dan kemewahan serta kekuatan. Bersandarkan kepada faktor tersebut, emas adalah amat bernilai di dunia dan berperanan lebih daripada perhiasan wanita malah boleh dijadikan aset berharga untuk jaminan masa depan.

Kini emas boleh diniagakan pada harga yang tinggi dan walau apa pun yang berlaku, nilai emas tidak pernah susut.


Emas juga dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini dan menjadi satu aset yang mudah cair ( iaitu mudah ditukar kepada tunai).

Sifat emas itu sendiri yang sukar untuk ditemui dan tidak boleh dicipta oleh manusia menyebabkan ia amat sesuai dijadikan sandaran nilai bagi sesuatu dan emas tidak boleh dimanipulasi atau untuk tujuan spekulasi.

Simpanan Emas fizikal adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan walaupun dalam situasi ekonomi negara yang tidak stabil. Emas fizikal dapat menjamin nilai masa hadapan yang lebih baik, kukuh dan merupakan perlindungan yang paling selamat terhadap apa-apa krisis politik, ekonomi, sosial atau kemerosotan pasaran saham.

Oleh itu, marilah kita GANDAKAN NILAI HARTA DENGAN SIMPANAN EMAS PATUH SYARIAH !!!Dan PERKASAKAN EKONOMI ANDA!!!
 Ingin tahu caranya? Hubungi saya di mss.success@gmail.com untuk penerangan PERCUMA!

Friday, November 11, 2011

Kenali Potensi Diri Anda !

Orang yang tahu dengan dirinya, dia akan tahu pula dengan kesalahannya dan tahu pula untuk merubahnya, dengan demikian dia akan dihormati oleh orang lain dan dapat menggunakan potensi diri dengan semaksimumnya ...InsyaAllah....

Wednesday, November 9, 2011

KEMANFAATAN ILMU

Kebaikan mengajarkan ilmu itu ialah; para malaikat berserta ahli langit dan bumi, termasuk ikan di laut dan burung di darat turut serta mendoakan kepada Allah terhadap orang yang mengajarkan ilmu dari satu kebaikan yang telah diajarkan. (Hadis)

Tuesday, November 8, 2011

DOA - RAHSIA MENJADI KAYA DAN BERJAYA DUNIA & AKHIRAT

" Orang yang mencapai kejayaan yang LUAR BIASA asalnya adalah orang BIASA-BIASA yang berfikir dan bertindak secara LUAR BIASA " DAO.

Dan di tambah dengan DOA... DOA adalah sesuatu yang perlu bagi kita hamba-Nya yang kerdil. Tidak kira sama ada kita berdoa kerana menunaikan kewajipan atau waktu kita terdesak, tahukah anda bahawa setiap DOA pasti Allah akan beri perhatian.

Allah berfirman bermaksud :
"Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku (Allah) akan perkenankan."  (Surah Ghafir 40:60)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya Tuhanmu Yang Maha Suci lagi Maha Tinngi itu pamalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu."
(Riawayat al-Tarmizi no.3556 dan Abu Daud no.1448)

Lihatlah! betapa hebatnya sifat Pemurah dan Pengasih Allah, Dia bukan sahaja memerintahkan kita berdoa, malah Dia mengajar apa yang patut dan perlu kita doakan dan bagaimanakah cara kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu sahaja, Allah berjanji untuk mempertimbangkan doa-doa itu.

Oleh itu, marilah kita sentiasa berdoa dan memohon kebaikan dari Allah setiap masa dan dilakukan dengan cara yang betul.....InsyaAllah........

Wednesday, November 2, 2011

Seminar ADVANCE MARKETING POWER OKT 2011 - DR. AZIZAN OSMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah minggu lepas saya baru saja habis mengikuti seminar Advance Marketing Power oleh Dr. Azizan Osman. Banyak ilmu dan selok-belok di dalam pemasaran dan jualan telah dicurahkan oleh Mentor saya iaitu Dr. Azizan Osman. TERIMA KASIH SIFU! Semoga ilmu yang diterima dapat dilaksanakan dengan segera....seperti kata SIFU saya "FAST ACTION! FAST RESULT! "

Kat sini saya nak cadangkan kepada sesaper yang rasanya nak menimba ilmu pemasaran bolehlah belajar dari Mentor dan Sifu saya ni.Banyak ilmu yang boleh kita belajar dari beliau. Kalau nak tahu lawatilah facebook "Alumni dan Bakal Alumni Dr. Azizan" . Banyak tips menarik dari beliau. Anda pasti tak rugi....Just for sharing......"Sharing is Caring" =)