Tuesday, November 8, 2011

DOA - RAHSIA MENJADI KAYA DAN BERJAYA DUNIA & AKHIRAT

" Orang yang mencapai kejayaan yang LUAR BIASA asalnya adalah orang BIASA-BIASA yang berfikir dan bertindak secara LUAR BIASA " DAO.

Dan di tambah dengan DOA... DOA adalah sesuatu yang perlu bagi kita hamba-Nya yang kerdil. Tidak kira sama ada kita berdoa kerana menunaikan kewajipan atau waktu kita terdesak, tahukah anda bahawa setiap DOA pasti Allah akan beri perhatian.

Allah berfirman bermaksud :
"Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku (Allah) akan perkenankan."  (Surah Ghafir 40:60)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya Tuhanmu Yang Maha Suci lagi Maha Tinngi itu pamalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu."
(Riawayat al-Tarmizi no.3556 dan Abu Daud no.1448)

Lihatlah! betapa hebatnya sifat Pemurah dan Pengasih Allah, Dia bukan sahaja memerintahkan kita berdoa, malah Dia mengajar apa yang patut dan perlu kita doakan dan bagaimanakah cara kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu sahaja, Allah berjanji untuk mempertimbangkan doa-doa itu.

Oleh itu, marilah kita sentiasa berdoa dan memohon kebaikan dari Allah setiap masa dan dilakukan dengan cara yang betul.....InsyaAllah........

No comments: