Wednesday, September 28, 2011

ZAKAT DAN ANDA

Assalamualaikum, cerita pasal mencari pendapatan jangan kita lupa pulak tentang zakat yang perlu kita keluarkan.

ZAKAT DAN KEWAJIPAN

Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Dalil wajib ibadat zakat ini antaranya berdasarkan kepada firman Allah SWT yg bermaksud:

"Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat."
an-Nur 24:56


Apabila seseorang itu berzakat, dia sebenarnya telah membersihkan harta yang dimiliki, firman Allah SWT yang bermaksud:



"Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dwngannya engkau membersihkan mereka dan menyucikan mereka dan doakanlah untuk mereka, sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
at-Taubah 9:103


Firman Allah:
"Dan pada harta-harta mereka, ada hak untuk orang miskin yang meminta dan yang tidak meminta."
adz-Zaariat 51:19


Daripada Anas bin Malik r.a. beliu melaporkan,bahawa seorang lelaki bertany kepada Rasulullah SAW: "Apabila aku menyerahkan zakat kepada utusanmu, apakah aku sudah bebas daripada tangungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya?"
Rasulullah SAW menjawab: "Benar,apabila engkau telah tunaikan zakat itu kepada utusanku mak engkau telah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan engkau sudah mendapatkan pahala-Nya, sedang dosanya ditanggung orang yang menyelewengkannya (yakni para amil yang bertanggungjawab menguruskannya)."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Olehnyang demikian, sebagai orang Islam kita diwajibkan menunaikan zakat apabila telah cukup syarat-syaratnya.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT

1. ISLAM (dikenaka hanya atas rang Islam)
2. MERDEKA ( Individu yang bebas dan merdeka kerana dia mempunyai kuasa pe
milikan atas harta.
3.SEMPURNA MILIK ( Harta yang dimiliki dan dikawal seseorang.)
4.CUKUP NISAB ( paras minima yang menentukan sama ada sesuatu harta diwajibkan zakat. Nisab bersamaan 85 gram nilai emas semasa. (Nisab 2011=RM10,650.00)
5.CUKUP HAUL ( Genap setahun harta itu dimiliki)

JENIS-JENIS ZAKAT

1.ZAKAT FITRAH
2.ZAKAT HARTA - PENDAPATAN, WANG SIMPANAN, PERNIAGAAN, EMAS, PERAK, SAHAM, KWSP, PADI DAN LAIN-LAIN.

No comments: